Monday, January 7, 2008

At Playground

Sekira - kiranya ari ni adalah hari keempat bb berada di taska. Nangis tu still nangis, tapi emm.. ok la sikit kut..
Petang ni, ada pasar minggu dekat dengan padang astaka.. so, ummi rasa malas la pulak nak masak arini. saje sambil nak bawa bb dan along main kat playground, sementara tunggu abah nak g beli makanan kat pasar minggu.
Bila dah boleh main tu, seronok la bb.. terus lupa segala masalah kena tinggal kat taska. :D

Wednesday, January 2, 2008

Hari Pertama Di Taska

Emmm.. nangis. that's the right word to describe how is he at taska today. kesian dia.. tengahari tu, selepas ambil along dan mok dek di tadika yayasan islam, ummi ke taska bb untuk bagi bb minum susu.. tapi, nampaknya dia dah tido.. ummi masuk jugak la, then nampaknya dia baru je tido, susu botol yang diminum pun masih berbaki.. tak habis. dalam tido tu, masih nampak esakan dia.. dan, ummi dapat rasakan yang memang dia menangis je sepanjang ummi tinggalkan tadi. sayu sangat hati.. ummi angkat dia, then bagi jugak susu.
Mula tu, ingatkan dia nak sambung tido, tapi bb ternampak pulak along dan mok dek yang datang sekali dengan ummi, emm.. apa lagi, nangis dan ngamuk la nak ikut diorang. so, tengahari ni, terpaksa la ummi bawak balik dia ke rumah mok.. pukul 2 tu, masa ummi nak balik ke office, ummi pergi hantar dia semula ke taska.. terpaksa la tengok satu lagi babak nangis dia.. sian pulak.
Ummi terpaksa tabah hati le nampaknya bagi nak cukup sebulan dan nak tunggu sampai bb dah betul - betul ok.. yup.