Saturday, November 22, 2008

Hiyyak uuaazz

Bunyi macam pelik je.. tapi, itula bahasa ahmad muadz zikry.. hiyyak uuaazz..

Hiyyak uuaazz tu maksudnya "Pedang Muadz"..

buat masa sekarang ni, dia dah mahir menggunakan perkataan untuk di buat ayat.. faham dah la apa yang dia request.. cuma, kekadang tu, pelat tu masih berbaki lagi..

Sekarang ni, yang di gemar sangat ialah, tonton cd CARS.. bangun je dari tidur, walaupun mata tak buka lagi.. terus minta nak tengok keetaa.. macam dah naik muak dah ummi .. tapi, kalau time diorang dok tengok tu, kekadang ummi suka jugak layan tengok citer tu, coz citernya agak menarik dan best di tonton..


Kalau time part2 yang lucu tu, walaupun dah berpuluh kali tengok pun, masih lagi gelak,..

Wednesday, September 24, 2008

Ahmad Muadz Zikry - 2 years now

Maafkan ummi kerana walaupun ada internet kat rumah, tapi masih tak sempat nak update perkembangan adik. Terasa terlalu banyak benda yang ummi terlepas, menyebabkan kekadang dah lupa apa yang telah berlalu..
Cuma, ummi nak update kat sini yang Ahmad Muadz Zikry sudahpun berumur 2 tahun. Hari Jumaat lepas should celebrate it. tapi, memandangkan sekarang bulan puasa, maka tak dapat nak celebrate mane la..
Lagipun, kita on the way balik dari KL, coz abah ada meeting kat KLCC. So, as usual, kita semua follow abah la.. numpang pun takpe la.. asal dapat makan angin.. lagipun, abah dah booking untuk stay kat The Traders.. 5 star. So, apa lagi.. macam biasa la.. saje nak try hotel mahal.. hehe
Buat masa sekarang, adik dah banyak cakap.. cuma, masih pelat. Tak seperti along masa mula2 boleh bercakap dulu, yang mana along tak pelat pun.
Words pun dah banyak yang adik dapat. Nyanyi pun pandai.. leela leela.. , goodbye, berkuda, silat.. ntahla.. banyak sangat aksi yang adik selalu buat, lupa dah ummi.. tapi, yang ummi dapat say is.. you're my lovely son. selalu teringat kat adik, nak peluk adik.. dan tak puas dengan keletah adik..
Ya Allah , semoga Ahmad Muadz Zikry akan menjadi seorang anak yang soleh dan akan tergolong di kalangan mereka yang beriman dan bertawakkal padaMu.. Amin

Tuesday, April 15, 2008

Makin pandai..

Melihat gelagat dan telatah muadz yang dah pandai macam macam sekarang, seronok pun ada dan kekadang boleh buat naik angin pun ada.. :D biasala budak kecik yang montelll.. eee... geram je kalau teringat kat dia.. dalam waktu sekarang ni, dia ada kat taska lagi.. jam 5 petang karang, baru la ummi pergi ambikk..
Teringat kejadian malam semalam yang membuatkan dia menangis jugak la akhirnya.. kalau biasa2 tu, marah dia pun, dia akan buat deekkk je.. tapi, kali ni memang dia kena betul ngan abah dia.. apa tak nya, sampai tak khusyuk orang nak sembahyang dek perbuatan dia tu..
Mula tu dah bagi dia pakai kopiah dan sejadah supaya sembahyang kat sebelah ummi, tapi biasala dia akan sekejap je "Allahuakbar.. Allahuakbar.." then lepas tu terus tinggal la sejadah. kalau dia main2 je takpe, tapi yang membuatkan kami tak khusyuk kerana dia siap buat LAKARAN kat dinding, tudung ummi, seluar abah dan yang paling banyak.. kat jubah ummi.. isy.. seronok sangat la dia bile dapat pen, terus la melakar..
Lepas je sembahyang, siap la dia kena ngan abah. menangis jebek datang ke ummi, tapi ummi malas nak pujuk.. biar dia reti sikit yang dia buat salah..
Tapi, biasala bebudak.. kejap je dia insaf nya.. kejap lepas tu, datang jugak dia kat abah dia.. tapi, kekadang muadz ni lebih manja ngan abah dia berbanding dengan ummi.. dia nak rapat ngan ummi bile nak susu je.. budak gembo2 sungguh..

Monday, January 7, 2008

At Playground

Sekira - kiranya ari ni adalah hari keempat bb berada di taska. Nangis tu still nangis, tapi emm.. ok la sikit kut..
Petang ni, ada pasar minggu dekat dengan padang astaka.. so, ummi rasa malas la pulak nak masak arini. saje sambil nak bawa bb dan along main kat playground, sementara tunggu abah nak g beli makanan kat pasar minggu.
Bila dah boleh main tu, seronok la bb.. terus lupa segala masalah kena tinggal kat taska. :D

Wednesday, January 2, 2008

Hari Pertama Di Taska

Emmm.. nangis. that's the right word to describe how is he at taska today. kesian dia.. tengahari tu, selepas ambil along dan mok dek di tadika yayasan islam, ummi ke taska bb untuk bagi bb minum susu.. tapi, nampaknya dia dah tido.. ummi masuk jugak la, then nampaknya dia baru je tido, susu botol yang diminum pun masih berbaki.. tak habis. dalam tido tu, masih nampak esakan dia.. dan, ummi dapat rasakan yang memang dia menangis je sepanjang ummi tinggalkan tadi. sayu sangat hati.. ummi angkat dia, then bagi jugak susu.
Mula tu, ingatkan dia nak sambung tido, tapi bb ternampak pulak along dan mok dek yang datang sekali dengan ummi, emm.. apa lagi, nangis dan ngamuk la nak ikut diorang. so, tengahari ni, terpaksa la ummi bawak balik dia ke rumah mok.. pukul 2 tu, masa ummi nak balik ke office, ummi pergi hantar dia semula ke taska.. terpaksa la tengok satu lagi babak nangis dia.. sian pulak.
Ummi terpaksa tabah hati le nampaknya bagi nak cukup sebulan dan nak tunggu sampai bb dah betul - betul ok.. yup.