Tuesday, April 15, 2008

Makin pandai..

Melihat gelagat dan telatah muadz yang dah pandai macam macam sekarang, seronok pun ada dan kekadang boleh buat naik angin pun ada.. :D biasala budak kecik yang montelll.. eee... geram je kalau teringat kat dia.. dalam waktu sekarang ni, dia ada kat taska lagi.. jam 5 petang karang, baru la ummi pergi ambikk..
Teringat kejadian malam semalam yang membuatkan dia menangis jugak la akhirnya.. kalau biasa2 tu, marah dia pun, dia akan buat deekkk je.. tapi, kali ni memang dia kena betul ngan abah dia.. apa tak nya, sampai tak khusyuk orang nak sembahyang dek perbuatan dia tu..
Mula tu dah bagi dia pakai kopiah dan sejadah supaya sembahyang kat sebelah ummi, tapi biasala dia akan sekejap je "Allahuakbar.. Allahuakbar.." then lepas tu terus tinggal la sejadah. kalau dia main2 je takpe, tapi yang membuatkan kami tak khusyuk kerana dia siap buat LAKARAN kat dinding, tudung ummi, seluar abah dan yang paling banyak.. kat jubah ummi.. isy.. seronok sangat la dia bile dapat pen, terus la melakar..
Lepas je sembahyang, siap la dia kena ngan abah. menangis jebek datang ke ummi, tapi ummi malas nak pujuk.. biar dia reti sikit yang dia buat salah..
Tapi, biasala bebudak.. kejap je dia insaf nya.. kejap lepas tu, datang jugak dia kat abah dia.. tapi, kekadang muadz ni lebih manja ngan abah dia berbanding dengan ummi.. dia nak rapat ngan ummi bile nak susu je.. budak gembo2 sungguh..