Monday, May 21, 2007

Genap Lapan Bulan

Hari ni, genap la umur bb lapan bulan.. AlhamdulilLah.. Syukur kepadaNya kerana dengan rahmatNya, bb ummi dah makin besar dan sihat..
perkembangan terbaru, masih takde coz bb still tak dapat nak merangkak lagi.. just heret dada je.. tapi, yang pasti, memang tak dok diam la.. main je manjang.. yang paling penat, ummi le.. dukung bb macam gendong beras 10 kilo.. hik.. sori..
Ops.. lupe nak bgtau yang gigi bb dah jelas nampak dah.. semua orang kata gigi adik besar!.. hihik.. gigi kapak.. sekarang ni, yang atas dah naik tiga batang dan yang bawah hanya satu je..
Emm.. gigi dah naik tu, sedap dok gigit orang le.. aritu, along dah pernah kena gigit.. nangis jugak la.. yela, sakit.. ummi pun pernah dua tiga kali kena gigit.. especially lepas dia taknak nyusu.. sedap hati dia je gigit.. isy.. sakit jugak.. :D
Apapun, ummi mendoakan kesejahteraan bb dan kita sekeluarga..
p/s: ummi sekarang sibuk dengan persiapan pok ngoh nak kawin.. hehe.. ditugaskan untuk buat gubahan.. :)

No comments: