Monday, June 8, 2009

Hasil kerja tangan muadz

Lukisan ini di hasilkan dengan menggunakan tiupan warna dari straw..

hasil ini adalah antara aktiviti yang di lakukan oleh muadz semasa di sekolah nya.. (tASKA)..

then, mana2 hasil yang agak menarik, ianya akan di tampal di board tepi tangga ke kelas nya..














"ummi.. ni nama adik kan?.. ni yang adik buat la ye??" asking along...

Ultraman Muadz kena patuk ular..

Muadz ni betul la buat ummi risau..
Tengok la gelagat dia, tak macam orang sakit pun.. puas dia pujuk ummi nak keluar dari hospital..
Nak balik la, nak tengok ikan la..
lama2.. ummi pun tak tahan jugak dengan karenah dia.. tak larat nak melayan dia yang tak dok diam dalam wad sementara menunggu waktu melawat.. coz alasan moktok dia nak datang tu dah tak laku daa..

Ni turun dari bangunan wad.. keluar kejap membelikan makanan untuk dia.. dan, sempat la dia nak tengok ikan..
sambil makan, sambil tengok ikan kat dalam kolam kecik tepi kerusi yang kami duduk tu..

emm.. kalau ikut hati dia.. nak je dia panjat kerusi tu, tapi disebabkan takut dimarahi ummi.. tahan je la.. hehe






Tengok balutan kat tangan dia tu, sikit pun dia tak kisah.. tak menangis sikit pun, masa doktor tu cucuk nak ambil darah dia..
Dia mengaku dia Ultraman.. tapi, kali ni ultraman kalah, kena patuk dek ular..
Muadz.. muadz.. iii...












ni geng adik masa dalam wad..
humaira namanya.. dia sakit macam ada ketumbuhan kat tepi pipi dia..

nampak macam maintain, senyum je.. petah bercakap.. tunggu untuk di bedah...









mujur la ada jugak something yang membuatkan muadz boleh sit dan senyap sekejap.. main dan sembang dengan humaira'

masa kami nak keluar tu, humaira' masih tak dapat keluar..

Monday, April 13, 2009

Lagu kegemaran adik dan along..

Sekarang, asal naik keta je.. mesti adik minta abah pasang lagu ni.. mula2 tu, abah yang bagi gelaran pada lagu ni sebagai "lagu adik".. tu yang dia ingat sokmo tu.. dan, sekarang dah siap boleh nyanyi lagi.. nanti kalau sempat, ummi akan download video yang adik tengah nyanyi..
>> lagu ni acceptable coz ia bukan macam lagu2 yang lain.. ia lebih kepada parenting punye lagu.. so, adik boleh nyanyi.. tapi, kalau lagu yang tok molek sikit.. ummi dan abah tak bagi tau!. Hafiz mana boleh dengar lagu2 rock ni.. ehhehe



Satu.
.. kasih yg abadi
Tiada tandingi Dia yang Satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi Dia yang Satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan Untuk selamanya
Hidup ini sementara

Hidup ini sementara




Lirik lagu :1,2,3,4..
Penyanyi :Aris Ariwatan

Saturday, January 3, 2009

Alamak.. sambal belacan la,,,

Muadz gok.. kekadang rasa geram, kekadang nak tergelak pun ada..
Setiap masa tu, ada je ragam yang dia buat...
Malam ni, masa tengah makan, along buka peti nak ambil susu.. tak perasan masa mana, si uaahh ni datang, dan ambil something dalam peti tu..
Tetiba je dia menjerit pedas... pedas.. tengok2, ada bekas yang berisi dengan air yang baru dia minum.. "Ya Allah.. isy budak ni.. ni sambal belacan la.." abah yang perasan..
Kui3.. adik.. adik... tu la tok dok diam sangat.. suka sangat isi air dalam bekas.. asal jumpa bekas, isi air dari water dispenser, then minum.. (sebenarnya semangat nak main tekan2 air je.. bukan nyer nak minum sangat.. )
Last2.. terminum air belacan.. kah kah.. bikin pecah perut nak tergelak ummi bila teringat gelagat dia tadi.. yela, punye la semangat dia ambil bekas tu dalam peti, cepat2 je isi air, minum.. tu la padah nye tak dengar kata ummi..
uuahhh.. ingat ye nanti kenangan ni ...

Saturday, November 22, 2008

Hiyyak uuaazz

Bunyi macam pelik je.. tapi, itula bahasa ahmad muadz zikry.. hiyyak uuaazz..

Hiyyak uuaazz tu maksudnya "Pedang Muadz"..

buat masa sekarang ni, dia dah mahir menggunakan perkataan untuk di buat ayat.. faham dah la apa yang dia request.. cuma, kekadang tu, pelat tu masih berbaki lagi..

Sekarang ni, yang di gemar sangat ialah, tonton cd CARS.. bangun je dari tidur, walaupun mata tak buka lagi.. terus minta nak tengok keetaa.. macam dah naik muak dah ummi .. tapi, kalau time diorang dok tengok tu, kekadang ummi suka jugak layan tengok citer tu, coz citernya agak menarik dan best di tonton..


Kalau time part2 yang lucu tu, walaupun dah berpuluh kali tengok pun, masih lagi gelak,..

Wednesday, September 24, 2008

Ahmad Muadz Zikry - 2 years now

Maafkan ummi kerana walaupun ada internet kat rumah, tapi masih tak sempat nak update perkembangan adik. Terasa terlalu banyak benda yang ummi terlepas, menyebabkan kekadang dah lupa apa yang telah berlalu..
Cuma, ummi nak update kat sini yang Ahmad Muadz Zikry sudahpun berumur 2 tahun. Hari Jumaat lepas should celebrate it. tapi, memandangkan sekarang bulan puasa, maka tak dapat nak celebrate mane la..
Lagipun, kita on the way balik dari KL, coz abah ada meeting kat KLCC. So, as usual, kita semua follow abah la.. numpang pun takpe la.. asal dapat makan angin.. lagipun, abah dah booking untuk stay kat The Traders.. 5 star. So, apa lagi.. macam biasa la.. saje nak try hotel mahal.. hehe
Buat masa sekarang, adik dah banyak cakap.. cuma, masih pelat. Tak seperti along masa mula2 boleh bercakap dulu, yang mana along tak pelat pun.
Words pun dah banyak yang adik dapat. Nyanyi pun pandai.. leela leela.. , goodbye, berkuda, silat.. ntahla.. banyak sangat aksi yang adik selalu buat, lupa dah ummi.. tapi, yang ummi dapat say is.. you're my lovely son. selalu teringat kat adik, nak peluk adik.. dan tak puas dengan keletah adik..
Ya Allah , semoga Ahmad Muadz Zikry akan menjadi seorang anak yang soleh dan akan tergolong di kalangan mereka yang beriman dan bertawakkal padaMu.. Amin

Tuesday, April 15, 2008

Makin pandai..

Melihat gelagat dan telatah muadz yang dah pandai macam macam sekarang, seronok pun ada dan kekadang boleh buat naik angin pun ada.. :D biasala budak kecik yang montelll.. eee... geram je kalau teringat kat dia.. dalam waktu sekarang ni, dia ada kat taska lagi.. jam 5 petang karang, baru la ummi pergi ambikk..
Teringat kejadian malam semalam yang membuatkan dia menangis jugak la akhirnya.. kalau biasa2 tu, marah dia pun, dia akan buat deekkk je.. tapi, kali ni memang dia kena betul ngan abah dia.. apa tak nya, sampai tak khusyuk orang nak sembahyang dek perbuatan dia tu..
Mula tu dah bagi dia pakai kopiah dan sejadah supaya sembahyang kat sebelah ummi, tapi biasala dia akan sekejap je "Allahuakbar.. Allahuakbar.." then lepas tu terus tinggal la sejadah. kalau dia main2 je takpe, tapi yang membuatkan kami tak khusyuk kerana dia siap buat LAKARAN kat dinding, tudung ummi, seluar abah dan yang paling banyak.. kat jubah ummi.. isy.. seronok sangat la dia bile dapat pen, terus la melakar..
Lepas je sembahyang, siap la dia kena ngan abah. menangis jebek datang ke ummi, tapi ummi malas nak pujuk.. biar dia reti sikit yang dia buat salah..
Tapi, biasala bebudak.. kejap je dia insaf nya.. kejap lepas tu, datang jugak dia kat abah dia.. tapi, kekadang muadz ni lebih manja ngan abah dia berbanding dengan ummi.. dia nak rapat ngan ummi bile nak susu je.. budak gembo2 sungguh..