Tuesday, April 15, 2008

Makin pandai..

Melihat gelagat dan telatah muadz yang dah pandai macam macam sekarang, seronok pun ada dan kekadang boleh buat naik angin pun ada.. :D biasala budak kecik yang montelll.. eee... geram je kalau teringat kat dia.. dalam waktu sekarang ni, dia ada kat taska lagi.. jam 5 petang karang, baru la ummi pergi ambikk..
Teringat kejadian malam semalam yang membuatkan dia menangis jugak la akhirnya.. kalau biasa2 tu, marah dia pun, dia akan buat deekkk je.. tapi, kali ni memang dia kena betul ngan abah dia.. apa tak nya, sampai tak khusyuk orang nak sembahyang dek perbuatan dia tu..
Mula tu dah bagi dia pakai kopiah dan sejadah supaya sembahyang kat sebelah ummi, tapi biasala dia akan sekejap je "Allahuakbar.. Allahuakbar.." then lepas tu terus tinggal la sejadah. kalau dia main2 je takpe, tapi yang membuatkan kami tak khusyuk kerana dia siap buat LAKARAN kat dinding, tudung ummi, seluar abah dan yang paling banyak.. kat jubah ummi.. isy.. seronok sangat la dia bile dapat pen, terus la melakar..
Lepas je sembahyang, siap la dia kena ngan abah. menangis jebek datang ke ummi, tapi ummi malas nak pujuk.. biar dia reti sikit yang dia buat salah..
Tapi, biasala bebudak.. kejap je dia insaf nya.. kejap lepas tu, datang jugak dia kat abah dia.. tapi, kekadang muadz ni lebih manja ngan abah dia berbanding dengan ummi.. dia nak rapat ngan ummi bile nak susu je.. budak gembo2 sungguh..

Monday, January 7, 2008

At Playground

Sekira - kiranya ari ni adalah hari keempat bb berada di taska. Nangis tu still nangis, tapi emm.. ok la sikit kut..
Petang ni, ada pasar minggu dekat dengan padang astaka.. so, ummi rasa malas la pulak nak masak arini. saje sambil nak bawa bb dan along main kat playground, sementara tunggu abah nak g beli makanan kat pasar minggu.
Bila dah boleh main tu, seronok la bb.. terus lupa segala masalah kena tinggal kat taska. :D

Wednesday, January 2, 2008

Hari Pertama Di Taska

Emmm.. nangis. that's the right word to describe how is he at taska today. kesian dia.. tengahari tu, selepas ambil along dan mok dek di tadika yayasan islam, ummi ke taska bb untuk bagi bb minum susu.. tapi, nampaknya dia dah tido.. ummi masuk jugak la, then nampaknya dia baru je tido, susu botol yang diminum pun masih berbaki.. tak habis. dalam tido tu, masih nampak esakan dia.. dan, ummi dapat rasakan yang memang dia menangis je sepanjang ummi tinggalkan tadi. sayu sangat hati.. ummi angkat dia, then bagi jugak susu.
Mula tu, ingatkan dia nak sambung tido, tapi bb ternampak pulak along dan mok dek yang datang sekali dengan ummi, emm.. apa lagi, nangis dan ngamuk la nak ikut diorang. so, tengahari ni, terpaksa la ummi bawak balik dia ke rumah mok.. pukul 2 tu, masa ummi nak balik ke office, ummi pergi hantar dia semula ke taska.. terpaksa la tengok satu lagi babak nangis dia.. sian pulak.
Ummi terpaksa tabah hati le nampaknya bagi nak cukup sebulan dan nak tunggu sampai bb dah betul - betul ok.. yup.

Tuesday, May 29, 2007

BB dapat walker baru

Semalam abah tak kerja coz nak habiskan cuti sebelum sambung contract dengan Petlin..so, 2 days abah sambung cuti start dari ari khamis lagi.. so, seharian abah ada kat umah dan sesambil tolong mok tok as for preparation kenduri 2hb nanti..
Pukul 530 ptg, ada ustaz nik ngajor kat umah mok tok, so abah malas nak nyibukkan diri kat sana coz kelas tu untuk muslimat je.. so, abah ajak ummi pergi cari walker untuk bb.. tghri tu, abah dah survey kat beberapa kedai, tapi saje nak ajak ummi pergi beli sekali..
So, as the result, beli la kat kedai yang dekat kedai jual goreng pisang tu.. emm.. ok jugak la.. lebih kukuh dari yang belikan untuk along dulu.. yang along tu dah rosak dah.. coz ramai yang besar pakat naik.. of course cepat rosak.. so, bile 2 -3 kali letak bb muadz, terus patah.. so, tak dapat nak guna lagi.. tu sebab abah belikan yang baru untuk bb.. siap ada komputer mainan lagi kat atas tu.. hope bb suke..
arini, nampak gaya nak kena tukar battery baru dah.. coz bunyi dia dah bertukar jadik lain macam je.. mok tok kate, bukan bb yang main.. tapi, nampaknye along je yang asyik dok menekan butang tu.. lor.. along ni.. memang kuang kuang sungguh la..

Monday, May 21, 2007

Genap Lapan Bulan

Hari ni, genap la umur bb lapan bulan.. AlhamdulilLah.. Syukur kepadaNya kerana dengan rahmatNya, bb ummi dah makin besar dan sihat..
perkembangan terbaru, masih takde coz bb still tak dapat nak merangkak lagi.. just heret dada je.. tapi, yang pasti, memang tak dok diam la.. main je manjang.. yang paling penat, ummi le.. dukung bb macam gendong beras 10 kilo.. hik.. sori..
Ops.. lupe nak bgtau yang gigi bb dah jelas nampak dah.. semua orang kata gigi adik besar!.. hihik.. gigi kapak.. sekarang ni, yang atas dah naik tiga batang dan yang bawah hanya satu je..
Emm.. gigi dah naik tu, sedap dok gigit orang le.. aritu, along dah pernah kena gigit.. nangis jugak la.. yela, sakit.. ummi pun pernah dua tiga kali kena gigit.. especially lepas dia taknak nyusu.. sedap hati dia je gigit.. isy.. sakit jugak.. :D
Apapun, ummi mendoakan kesejahteraan bb dan kita sekeluarga..
p/s: ummi sekarang sibuk dengan persiapan pok ngoh nak kawin.. hehe.. ditugaskan untuk buat gubahan.. :)

Thursday, May 3, 2007

Muadz's become member


AlhamdulilLah.. arini ummi dapat berita baik dari sorang sahabat, Azyanee Luqman yang dia telah selamat mendapat baby boy pada 9 Feb yang lepas.. emm.. Bersyukur di atas rahmatNya.. rasanya baru je ummi borak dengan dia, masa tu kalau tak silap ummi, beberapa bulan selepas majlis perkahwinannya.. masa tu ummi tengah mengandungkan bb muadz..
So, arini bb dia dah pun berumur dekat 2 bulan dah.. emm.. sekejap je masa berlalu..
Then, another things is.. he's will become muadz's friend.. InsyaAllah..
BB.. nanti kawan dengan orang baik - baik ye.. semoga bb menjadi seorang yang soleh dan taat pada Yang Esa.. dan, InsyaAllah suatu hari nanti, bb akan kenal kawan bb ni.. ok?.
Ahmad Aqeel Yusof, doa auntie imah, moga Aqeel juga akan menjadi seorang anak yang soleh dan menyejukkan perut mummy yang mengandungkan aqeel bila besar nanti..
Amin.. Ya Rabbal Alamin..

Tuesday, March 27, 2007

Cukur rambut

Alamak.. arini bb dah jadi Muadz World la.. botak la.. mula tu, ingat nak potong sikit tepi je.. emm.. last - last kena cukur pendek .. terus jadi muadz world.. nak gelak nya, yang kak ya pulak, abah kata Muadz World, dia silap paham gi kate Muadz Tua.. emm.. kak ya gak.. kuang kuang sungguh..
yang jadi pergi kedai gunting coz nak temankan abah g gunting rambut.. esoknya tu, abah kena pergi kl, ada meeting.. sebelum tu, belanja mek, ngah dan ayah ngah makan.. saje nak raikan mek.. this is the last week mek stay kat kemaman.. sesambil tu, ayah ngah pun tengah nak cari kedai gunting rambut.. tu yang beramai - ramai pergi nengok abah dan ayah ngah gunting rambut.. mula - mula tu abah dapat ngan ustaz, bukan dengan tokey kedai tu.. nampak macam tak enshem je.. macam senget jek.. abah pun nampak boring semacama je.. tengah jalan, nasib baik taukey (en rosdi) tu sambung gunting.. sempat la jugak selamatkan bojeng abah.. tapi, ada la jugak slacknya.. nasib baik en rosdi tu pandai ambik hati pelanggan.. siap urut - urut lagi.. ok la..