
DVD "The Ants Bully" tu bukan nya baru dalam simpanan kami.. tetapi, mungkin sebelum ini, muadz masih belum betul2 mengerti isi kandungan cerita itu, membuatkan dia kurang mengambil perhatian kepada dvd tu..
Memandangkan sekarang dia dah makin pandai memasang cerita yang ingin di tonton nya dengan sendiri, menjadikan dia asyik menyelongkar dvd yang ingin di pasangnya setiap hari..
Sebelum ini, cerita ultraman lah yang menduduki carta teratas.. asyik2, cerita tu la yang di ulang ulangnya.. nexus la, ultraman max la, gayya la.. dan banyak lagi nama ultraman, yang kekadang ummi sendiri pun tak sempat nak menghafalnya..
sehinggakan, ummi ingatkan muadz tu saje2 sebut je nama ultraman TIGA.. rupanya memang betul terdapat ultraman dengan nama tu. Tu pun lepas browse dalam internet, youtube yang mengandungi cerita2 ultraman ni..
asal je abah atau ummi pasang laptop, mesti dia akan merenget nak di pasangkan cerita ultraman nya, siap di ajarnya kita cara membukanya, dengan meng'klik' pada lambang modzilla firefox yang terdapat di desktop tu..
Di sebabkan minatnya pada ultraman, menyebabkan ummi terpaksa beralah dengan muadz.. membelikan dvd ultraman untuk nya..
cuma, kekadang terdengar juga komen dari abah..
"ummi jangan leka kan sangat anak anak ni tengok cerita yang tak bermanfaat.. cuba alihkan juga perhatian mereka kepada cerita cerita yang berfaedah.. "
InsyaAllah.. ummi akan sentiasa ingat nasihat abah tu..
Cuma, dua tiga hari kebelakangan ini, cerita Ants Bully tu la yang menjadi favourite dia.. asal bangun dari tido ke, balik dari taska ke, cerita tu yang ingin di tontonnya. Sampaikan ummi nak tengok berita pun tak dapat dek kerana penangan cerita tu.
Ummi tidak melarang anak anak melihat cerita sebegini, kerana kekadang diorang menonton sambil belajar.. dan, biasanya filem yang di hasilkan oleh barat ini, ada jugak moral of the story..
mengkagumi juga hasil yang di keluarkan oleh negara mereka, kerana dari segi animasi, pengolahan cerita dan dalam masa yang sama, di selitkan moral untuk di adaptasi oleh penonton, terutamanya kanak - kanak.
Seperti juga cerita Cars, yang mengetengahkan tentang sikap sombong.. yang mana, jangan kita bersikap sombong dengan sesiapapun dalam sehari hari dalam kehidupan kita.
Begitu juga dengan Ants Bully ini, yang menyelitkan tentang pentingnya sikap prihatin kita dengan keadaan sekeliling.. jangan kita menindas orang lain yang lebih rendah daripada kita, lantaran kita terasa di tindas oleh orang lebih atas daripada kita.
Tidak dapat di sangkal, ummi juga terhibur melayani filem kanak kanak seperti ini..
dalam masa yang sama, anak anak dapat belajar tentang kehidupan semut, sikap mereka yang saling bantu membantu dan kerjasama yang di tonjolkan. Garapan sebegitu, membuatkan ummi sendiri teruja, kekadang sama tergelak menontonnya apabila bile tiba part2 yang lucu..
Buat diri ummi sendiri pun, cerita ini juga dapat memberikan sedikit gambaran betapa besarnya kuasa Yang Esa.. ( memandangkan kuasa Allah itu tidak terjangkau oleh fikiran manusia..)
Cuba membayangkan berada di tempat semut - semut itu,

(sepertimana kejadian yang berlaku kepada Lucas)..
betapa kecil nya dunia semut.. bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, memerlukan masa yang agak lama.
Bertapak dari koloni nya untuk mendapat kan makanan, pergerakan yang perlahan dan Amat terbatas..
Sedangkan, jika di lihat dari dalam cerita ini, jarak antara koloni semut itu dengan rumah Lucas itu, hanya terletak beberapa meter sahaja.. teramat dekat ( jika kita sebagai manusia.. )
Semasa kelas agama ahad lepas, Ustaz ada menyebut tentang Luas nya neraka..
Luas nya memang tak terjangkau oleh fikiran kita..
memang kita tak dapat membayangkan nya..
Email dari seorang sahabat : perkhabaran tentang Luas Nya Neraka..
------------------------------------------------------------
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalamkeadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh Nabi S.A.W.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supayadikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahuibahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allahitu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya.'Lalu Nabi S.A.W. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam.'Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seributahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padamnyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbukasebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya keranapanasnya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itudigantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi keranapanas dan basinya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantaiyg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cairsampai ke bawahbumi yg ke tujuh.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barattersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangatpanasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya airpanas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentudari orang laki-laki dan perempuan.'Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yglebih bawah lebih panas)Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'Jawab Jibrail:'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelahditurunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedangnamanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapatidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai matibelum sempat bertaubat.'Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehinggaJibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dansesudah sadar Nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dansangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalamneraka?'Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudiankembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyangselalu menangis dan minta kepada Allah (dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi YgLalai').----------------------------------------------------
Tatkala membaca baris baris email ini, membuatkan ummi terfikir dan berfikir.. di mana kah letak nya diri kita?.. 70,000 jauh perjalanan?.. teramat lama dan sepanjang mana kah waktu seperti itu?.. sedangkan umur manusia pun, kalau menjangkau 70 tahu itu pun, sudah cukup panjang rasanya.. ini kan pula 70,000 tahun?
Fikir lagi.. apa yang mustahil pada Allah?.. tidak ada..
jika kita bandingkan dengan semut tadi..
jarak perjalanan mereka, antara koloni dan rumah berhampiran pun, mengambil masa.. lantas, jika dibandingkan mereka ingin sampai ke malaysia la gamak nya.. berapa lama masa yang mereka akan ambil?.. dan, mungkin tak pernah terfikir pun di kotak fikiran mereka, yang bahawasanya terdapat nya kehidupan lain selain dari kawasan persekitaran mereka itu?..

Terasa, kita sebagai manusia ini, dah agak besar dan GAH berbanding dengan koloni semut yang terjengkek jengkek jalan nya itu.. sebab itu timbul nya perasaan riak, takabur, sombong dalam diri, dek kerana terasa diri kita besar dan lebih kuat dari orang lain..
Apatah lagi, kita berada di rumah yang sangat besar.. dan, di bumi yang lebih besar perbandingan nya dengan planet pluto, mercury, mars mahupun venus..
Lantas.. diri terasa HEBAT!...
MasyaAllah.. Ya Allah.. Ampunkan diri ku ini..
diri ini lupa sebenarnya.. bahawasnya.. ada lagi yang lebih besar dan lebih kuat dari kita??

Jika di renung kan gambar ini, terasa mengalir air mata.. SESUNGGUHnya.. kerdil nya diri ini...
Ini baru di bandingkan dengan kejadian Allah.. tidak lagi dengan Pencipta semua kejadian langit dan cakerawala ini lagi..
Membuatkan diri merasa insaf..
Ya Allah, ampunkan lah di atas segala kelalaian ku selama ini.. berilah masa dan ilmu supaya dapat ku didik anak2 ku menjadi seorang yang bertakwa dan beriman kepadaMu... perkenan kan lah doaku ini Ya Allah..
---------------------------------
Semasa selepas sembahyang maghrib malam tadi, ummi terasa sejuk perut apabila mendengarkan 'syarahan' alia kepada adiknya.. (memandangkan muadz agak liat untuk sembahyang..)
"Adik..adik kena rajin2 sembahyang.. orang sembahyang akan dapat masuk Syurga.. bila kita masuk Syurga.. semua yang adik nak, akan dapat.. tak kira la.. nak keta ke, rumah besar ke.. semua Allah beri..
tapi, adik kena rajin sembahyang la..
Along suka sembahyang, sebab along nak masuk Syurga.. along nak dapat pahala banyak..
Along tak mboh masuk neraka..
orang tak mboh sembahyang tu, sebab dia ikut syaitan la tu.. nanti kena bakar kat neraka..
Along tak mboh masuk neraka.. nanti sakit kena bakar dengan api neraka.."
dari kejauhan ummi mendengar.. rasa nak menitis air mata... Ya Allah.. moga Engkau limpah kan lah rahmat kepada keluarga kami.. dan, aku bersyukur dengan semua kurniaanMu kepada kami.. dan kekal kan lah kami dalam kebahagian ini.. Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin...
Wallahua'lam..