Thursday, February 25, 2010

Hari terakhir di taska yayasan

Harini merupakan hari terakhir adik dan along kat taska yayasan kemaman. Ummi terpaksa membawa mereka keluar dari taska tersebut atas beberapa faktor.

Yang pertama, kerana peraturan baru yang di tetapkan di taska tersebut bermula tahun ini. Iaitu ibubapa perlu mengambil anak - anak lebih awal pada hari khamis kerana memberikan kelonggaran untuk cikgu untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga mereka. Operasi taska yang berakhir pada pukul 4 petang menyebabkan ummi terpaksa membawa adik ke pejabat sementara menunggu ke pukul 5 petang.

Masalah utamanya apabila membawa adik ke pejabat, ialah tak larat nak melayan karenah nya. Setelah di belikan makanan dan minuman supaya dia dapat duduk dengan tenang di bahagian hadapan pejabat, masih tidak mencukupi. Apabila habis makanan nya, dia akan bergiat aktif semula. Macam itu lah setiap kali di bawa ke pejabat. Ummi segan dengan teman sepejabat. Sebab itulah, ummi terpaksa membuat keputusan mencari alternatif lain untuk tidak membawanya ke pejabat lagi.

Dari itulah, ummi merasakan tindakan memindahkan mereka ke taska lain itulah yang paling baik buat adik dan ummi juga.

Faktor yang kedua adalah, mengenai kelas KAFA along. Buat masa sekarang, sekolah along tidak menyediakan kelas kafa. Oleh itu, setelah ummi membuat beberapa tinjauan ke taska - taska yang terdapat di kemaman ini, ummi dapati di taska Awlad ( taska along suatu masa dahulu ) ada menyediakan kelas KAFA dan kelas mengaji al quran. Oleh itu, dengan bayaran sebanyak rm120, along akan dapat ditempatkan di transit, sekaligus akan ada kelas mengaji dan kelas kafa.

Alhamdulillah. Allah memberikan petunjuk.

Cuma, yuran untuk tiap - tiap bulan, ummi terpaksa menambah sebanyak rm50 menjadi kan ummi perlu membelanjakan sebanyak rm300 untuk dua orang anak ummi. Dan, rm80 lagi untuk bayaran yuran tuition along. Tak mengapalah. Semoga yang terbaik buat mereka.

Semasa ummi pergi nak mengambil mereka tadi, sempat bersalaman dengan cikgu - cikgu yang telah menjaga mereka, adik terutamanya semenjak adik berumur 1 tahun. Kira - kiranya adik sudah 3 tahun mendapat didikan dan asuhan di taska tersebut.
Ummi sangat bersyukur kerana mereka sudi menjaga dan mengajar muadz, lebih lebih lagi melayan karenah nya yang kekadang nakal.

Muadz teruja kerana ada hadiah yang diberikan oleh cikgu nor nya. Begitu juga dengan along.
Sambil berpesan kepadanya, supaya tinggal elok elok di taska baru.
Ummi mengucapkan terima kasih di atas segala budi mereka dan memohon kemaafan di atas segala kesilapan kami juga.
Doa ummi semoga segala budi dan kebaikan yang cikgu - cikgu curahkan buat anak kami akan mendapat keberkatan dariNya. Amin..

2 comments:

Siti 'Aisyah Hamsan said...

Salam,

tumpang tanya, taska mana yg bagus utk bayi 7 bulan? saya tinggal d kg mak chili.

Sulam Kaseh said...

Salam humaira'.

humaira' kerja ke?. Yang kak imah survey2, taska yayasan adalah yang terbaik dari segi harga dan tahap penjagaannya. Setakat akak hantar anak2 ke sana, tidak ada masalah. Tapi, sekarang diorang ada peraturan baru yang mana parents perlu ambil anak pukul 4ptg pada hari khamis. Dan, tempat kat sana juga terhad kerana ramai yang nak hantar anak2. Humaira' cuba la pergi kesana, tanya pihak pengurusan sendiri.